Saturday, 21 July 2012

Ramadhan datang lagi :)

Assalamualaikum

Oh kenyang makan sahur ! eh sahur? Haa yelah sahur ! Kau tak tahu ke dah masuk Ramadhan weh? Alahai kasihan kau. Puasa tak habis ganti lagi? Astagfirullahalazim~ Kau, kenapa lalai sangat ni? Tu lah, lain kali ganti awal-awal ! Kan dah serabut serabai. Lepasni, jangan lupa bayar fidyah dan ganti okay? Ambillah ini sebagai pengajaran supaya lepasni kau ganti cepat-cepat, okay? Haa bagus! :)

Eh apa punya pengenalan daa~ :O okay okay. Serius serius Faa. Haa korang ! Dah masuk ramadhan ni, teruja tak? Aku macam terujalah! *hehehe* Cuma sedikit terkilanlah sebab tahun ni, aku terpaksa berpuasa jauh dari keluarga tersayang :( Kena sahur dan berbuka sendiri. Cari makan sendiri. Aduyy tak dapat nak rasa air tangan Mak tercinta dah ! Nak kena tunggu Eidulfitri baru nak dapat rasa rendang ! Ketupat daun palas. Nasi impit ! urhhh ! Biskut raya toksah cakaplah ! Mak punya biskut samprit paling ohseeem! Eh!? Apa cakap fasal raya pulak ni? Dah lari topik ni. Okay fokus kau Faa ! *tampar pipi kiri kanan laju laju* Takpa demi belajar, kenalah berkorban :) Tak gitu?

Ramadhan al-Mubarak
Alhamdulillah. Aku masih berkesempatan bertemu lagi sekali dengan bulan berkah, bulan sejuta hikmah dan bulan yang penuh dengan kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan :) Alhamdulillah~ Allah masih sayangkan hambaNya yang kerdil ini kerana sudi membuka pintu hati untuk terus bertaqwa kepadaNya. Kepada yang masih liat nak puasa ni, korang tahu tak ada banyak kebaikan kalau kita berpuasa. Puasa ni dapat menahan kesabaran kita.Yelah, contoh senang bila kau duk rilex tengok tv sekali ada iklan makanan, apa lagi, menggelupurlah perut tu krook kreek tak sudah. Akal mulalah fikir bukan-bukan, lapar nak mampus kalau tak makan satg boleh mati ni, haa kau pun apa lagi pergi dapur. Cuba menge-check kot kot ada kudap-kudap yang boleh ditelan. Ooo mentang-mentang kau sorang-sorang kat rumah tu, sedap badak air lah kau nak menggodek dapur tu. Kau kena ingat ada malaikat kiri kanan catat setiap gerak-geri kau. Paling dahsyat kan, tuu Allah Maha Mengetahui doe~ Kau nak lari mana? Kau tahu tak, berdosa kalau nak berbuka sebelum waktunya tanpa sebab yang mewajibkan kau berbuka! Tak malu ke dah tua pun tak puasa sebab tak tahan lapar? Budak tadika pun puasa weh! Walaupun setengah hari, tapi dia pun ada kesedaran nak berpuasa! Tengok Upin Ipin tu. Puasa sampai azan Maghrib kot. Eee malulah sikit! Haa kalau kau fikir camtu, mesti kau rasa takut/bersalah/malu kan? Haa dah tahu rasa camtu pergi duduk kat sofa tu balik diam-diam, sabar diri tu! Alah, lagi berapa jam je pun. Sabar sabar! Jangan nak bagi alasan syaitan goda bagai, takda! takda! Iblis syaitan semua dah kena ikat dalam neraka. Aku cepuk gak kang kalau mengada sangat. *hahahaha!* Faham tak ni? Sabarkan hati kau tu. Okay?  

Selain belajar bersabar, badan kita pun boleh sihat ! :D Yeah sihat ! Kau tak kasihan kat organ-organ badan kau tu? Selama ni, punyalah macam-macam kau sumbat, dorang pun kena kerja lebih masa sebab nak tolong tuan dia hadam makanan yang seribu macam tu. Jadi, apa kata kita bagi peluang kat dorang nak rehat? Nanti mesti rasa ringan dan cergas  je badan tu. Tambah-tambah lagi, pelajar U yang kena jalan jauh nak pergi kelas, haaa bolehlah nak eksyen turun berat badan :P Barulah lawa. Baju raya pun nanti terletak elok je . Mesti cun ni xD Eishh ! Niat tu kena betullah Faa! *Istigfar* Okay okay! Fokus balik. Haa kat mana tadi? Oh ya! Kalau badan pun ringan, mudahlah kita nak beribadah. Takda pasal nak lembik-lembik malas. Lepas sahur tu apa kata, kita tukar, takpayah tidur. Lepas sahur, kita ambil peluang tu untuk study. Waktu-waktu macam tu lah otak kita senang nak masuk ilmu apa kita baca. Mengantuk? Ye aku faham. Kalau tak biasa, memanglah. Mula-mula saje macamtu. Nanti lama-lama okaylah. :) *peringatan diri sendiri* Awak-awak sekalian,nak tahu tak, Ramadhan ni, bak kata mak aku lah kan, elok kalau banyak buat amal ibadah. Bulan macam ni lah kita nak kutip pahala banyak-banyak. Tambah lagi kita ni muda,  kudrat tu banyak lagi, compare to the olders, kesian dorang. Nak beribadah pun kadang-kadang susah. So, ambil peluang masa muda ni lah kita sungguh-sungguh dekat diri dengan Maha Esa. Aku ni pun bukanlah baik sangat, tapi memang azam aku kali ini, kalau tak dapat nak buat terawih kerap sebab kesibukan kepada pembelajaran yang menyukarkan aku untuk melakukannya, atleast aku nak perbanyakkan amalan sunat yang lain. Insya'Allah. Lazimkan diri dengan al-Quran dan zikirullah. Jangan nak buang masa cakap merapu. Satu buat penat mulut cakap bebukan, dua, kalau asyik mencarut je manjang, bukan dapat pahala, dosa lagi dapat! Haa, kan? *peringatan kepada diri* Lagi pulak kan,rohani kita pun akan terdidik kalau kita betul-betul guna peluang yang ada ini untuk betul-betul memahami menghayati bulan Ramadhan. Ingat! Mungkin kita tak dapat bertemu Ramadhan lagi selepas ini. Ingat! Mungkin kita dapat melaluinya hanya sehari/seminggu/dua minggu. Jadi, doalah banyak-banyak :) Tingkatkan usaha! Buang perangai tak elok. Jaga mata, hati dan perbuatan tu.


To all Muslims out there;
Happy Ramadhan al-Mubarak! May this Ramadhan be the best one yet! Forgive me for all mistakes I have done and I've forgiven all of you. Ramadhan has just begun, so, goodluck ! May we'll stay strong till the end of it. Selamat berpuasa dan beribadah! Ayuh sama-sama kita memohon kerahmatan, keberkatan dan keampunan dariNya. Moga kita mendapat kemanisan Ramadhan pada tahun ini. Insya'Allah :)






Salam Ramadhan dari Faa :)



p/s: Ini juga peringat untuk diriku yang penuh dengan khilaf. All the pictures are not own by me.

1 comment:

purplishwawa said...

hakhak nti buke dgn i yea syg >.<